Friday, November 18, 2011


Assalamualaikum,
 Mengenangkan baru sekarang ini saya berkesempatan membuka ruang di blog ini, maka wajib bagi saya membaharui apa-apa yang perlu untuk pengetahuan semua.


Pertamanya biarlah saya nyatakan bahawa saya telah meninggalkan Bahagian Biokimia setahun sebelum saya bersara pada Oktober 2010 yang lalu. Ia berlalu sebegitu tanpa apa-apa yang boleh saya beri alasan. Namun kesampaian usia bersara wajib tidak dapat dielakkan lagi.

VRI merupakan tempat pertama dan terakhir saya bertugas setelah keluar dari bersemayam di Ampangan Seremban sekitar bulan Februari 1974 yang lalu.
 Disinilah saya melihat dunia ini bermula dan berakhirnya carrier saya sebagai teknikal makmal sekitar 36 tahun lebih. Pahit maungnya yang dirasa amat menyinggung perasaan. Walaupun demikian ia adalah sebahagian dari sejarah hidup saya.

Dipertemuan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada siapa saja yang membantu saya sebagai penjawat awam selama saya berada di VRI ini. Entah berlori-lori bantuan teman kepada saya dan semestinya amat sukar untuk saya membalas kembali kemurnian jiwa anda tersebut.

Begitu juga terima kasih kepada Jabatan dan kerajaan Malaysia amnya.