Saturday, June 21, 2008

Memulihkan Minat Bersukan di VRI

[Satu pandangan telah lama dinukilkan tapi baru nak di updatekan buat semua]

Assalamualaikum;





Sudah agak lama laman dan padang sukan di kampus ini membisu tiada penghuninya. Jika adapun cuma sekali-sekala orang melawatinya (menggunakannya). Tidah semeriah lama dahulu. Pagi petang siang malam kampus ini ada penghuni yang melayarinya.





Bagi mengubati kekurangan ini, KSKV telah mencuba formulanya untuk memeriah dan merapatkan persahabatan warga kampus melalui sukan. Ia tidak boleh diperkecilkan kerana banyak masa kerja sebelah pagi telah dikurbankan untuk tujuan ini. Alasan waktu petang, warga kampus sibuk dengan keluarga masing-masing. (Masa lalu tidak sibuk - sekarang minat telah menurun kok..). Syukur kita kelapangan masa tersebut di berikan dan sepatutnyalah ia digunakan sebaik mungkin.





Pelancaran Bulan Sukan.


Bagi menjalankan aktibiti sukan maka KSKV dengan kerjasama Pentadbiran VRI, telah melancarkan program sukan yang mana diharapkan akan berakhir hingga hujung tahun. Diharapkan pelancaran ini akan memeriahkan lagi aktibiti sukan juga merapatkan lagi persahabatan ahli-ahlinya.

Sunday, June 15, 2008

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Bersyukur kita kepda Illahi kerana dapat bersama blog ini yang saya khusyuskan kepada apa-apa berita atau perkara-perkara yang boleh digunapakai untuk dibincangkan, begitu juga kalau ada isu-isu yang perlu diambilkira untuk kebaiakan bersama.



Ia tidak semestinya berlegar pada aktibiti persatuan-persatuan di Institut ini malah apa saja yang difikirkan perlu diketengahkan.


Saya amat memerlukan bimbingan dan bantuan dari pembaca sekelian untuk membangun dan memberikan fakta serta feedback kepada apa-apa perkara yang ditimbulkan. Maklumlah baru belajar mengendalikan blog.



Walau apa pun, semestinya penyumbang harus bertanggung jawab diatas apa yang diberikannya untuk tatapan kita bersama. Namun kesilapan kadangkala tidak dapat dielakkan, kemaafan perlu dipinta jika berlaku demikian.



Akhir kata saya bukakan blog ini untuk sebarang sumbangan atau komen bagi ia dapat berjalan sepertimana blog-blog yang lain.



Wassalam.