[Satu pandangan telah lama dinukilkan tapi baru nak di updatekan buat semua]
Assalamualaikum;
Sudah agak lama laman dan padang sukan di kampus ini membisu tiada penghuninya. Jika adapun cuma sekali-sekala orang melawatinya (menggunakannya). Tidah semeriah lama dahulu. Pagi petang siang malam kampus ini ada penghuni yang melayarinya.
Bagi mengubati kekurangan ini, KSKV telah mencuba formulanya untuk memeriah dan merapatkan persahabatan warga kampus melalui sukan. Ia tidak boleh diperkecilkan kerana banyak masa kerja sebelah pagi telah dikurbankan untuk tujuan ini. Alasan waktu petang, warga kampus sibuk dengan keluarga masing-masing. (Masa lalu tidak sibuk - sekarang minat telah menurun kok..). Syukur kita kelapangan masa tersebut di berikan dan sepatutnyalah ia digunakan sebaik mungkin.
Pelancaran Bulan Sukan.
Bagi menjalankan aktibiti sukan maka KSKV dengan kerjasama Pentadbiran VRI, telah melancarkan program sukan yang mana diharapkan akan berakhir hingga hujung tahun. Diharapkan pelancaran ini akan memeriahkan lagi aktibiti sukan juga merapatkan lagi persahabatan ahli-ahlinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment