Assalamualaikum ..... dan salam sejahtera.
Agak lama saya tidak menyambung blog ini yaitu selepas ia dilancarkan hingga kini baru ingin memulakan sesuatu yang baru terhadap yang lama ditinggalkan.
Namun apabila sesekali membuka laman ini begitu terasa dihati kekurangannya saya mengenai ilmu-ilmu pengupdating blog. Kegerhanaan ide atau buah fikiran dan tambahan pula beberapa pernama yang lalu saya dihambat untuk ditugaskan ditempat baru.
Baru bagi diri saya bukan ia total baru akan tetapi memandangkan dipenghujung perkhidmatan ini terasa tidak bernilai lagi. Terus dibuang saja dari tempat lama kesuatu tempat yang jauh dan tak pernah dimimpikan dalam keadaan khidmat saya.
Walaubagaimanapun tugas tetap tugas. Cabaran ini adalah satu amanah dan telah saya sambut dengan tenang bagi melaluinya dengan membuahkan hasiln yang amat menggalakkan.
Dalam masa kita masih lagi dalam perkhidmatan ini suatu perkara yang amat perlu diingatkan adalah kita masih lagi kaki tangan kerajaan. Ianya hendaklah diikuti dengan hemat yang ia berjalan seiring dengan Aku Janji Kita yang telah ditandatangani. Satu kewajaran bagi kita untuk akur terhadap apa-apa disipline tugas yang diberikan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan penuh kesabaran dan dugaan yang ada, banyak masaalah kecil dan besar telah disilesaikan.
Oleh itu kepada mereka yang masih mencari kekuatan dalam menjalankan tugas dengan sebagai penjawat awam hendaklah bersikap redha bagi menjalankan tugas sepertimana yang telah diasaskan dalam Skim Perkhidmatan serta Perintah Am atau General Order yang sedia ada.
Selagi kita bernafas dalam menjalankan perkhidmatan dengan memulakan pengetipan kad perakam waktu seharusnya kita mengikuti perintah-perintah yang diamanahkan. Ianya akan berakhir setelah hari terakhir prakaman kad tersebut nanti.
Cabaran masa depan.
Sebagai penjawat awam bebanan tugas harus dipikul dan di selesaikan dengan sempurna. Cabaran ini tidak seberapa rumitnya. Cabaran memanjangkan hidup adalah satu cabaran. Ini dimaksudkan dengan kenaikkan harga barang dan sekian kos hidup.
Adakah kita mampu menghadapinya, Sebelum itu kita harus ingat bagaimana saudara-saudara kita yang bukan makan gaji, bagaimana susahnya mereka ingin meneruskan hidup ini pada kadar harga barang yang tinggi sekarang ini. Cabaran akan berlipat ganda dengan khabarnya akan ada kenaikan harga minyak petrol tidak lama lagi.
Bagi mengharung hal demikian, keredhaan amat diharapkan disamping kesabaran kita mengharungi segala jenis bala yang akan menghampiri diri kita dan keluarga.
Salam hormat dari saya.
No comments:
Post a Comment